Sabtu, 16 Oktober 2010

salam...

apakah nak jadi muda-mudi sekarang, aku lihat kebalakangan ini terlalu teruk. dengan masalah hisap gamnya. contohnya baru2 ini aku bergerak bersama kelab kepimpinan seluruh bandar alor setar, dilorong-lorong terlalu ramai anak2 muda hisap gam. sungguh memalukan lagi apabila time tu orang tgh nk pergi solat jumaat. masyaallah...teruk tol, dahla tengok muka semua budak sekolah lagi. sakit mata pedih jiwa. rasa nak pergi je tegur tapi aku xpunya kekuatan n kekuasaan. adakah penguatkuasaan kurang? tidak juga aku rasa, kadang-kadang kita xperasan perkara yang kecik tu boleh jadi besar. adakah ibubapa yang salah? tidak juga kerana ibubapa biasanya sudah beri setakat mana yang cukup dan tau apa yang terbaik untuk anak mereka. adakah salah gurunya? salah sekali tanggapan itu kerana aku pernah jadi seorang guru, dan mustahil untuk seorang guru untuk merosakkan anak buahnya. kerana ilmu yang diberikan adalah untuk dimanfaatkan masa akan datang. jadi aku respect guru aku dan tidak sekali-sekali akan mencela guru walaupun beliau tidak mengajarku. adakah salah kawan? inilah masalah adik-adik kita yang berada di bangku sekolah sekarang nie. insyaallah aku akan kejutkan kawan-kawan aku untuk bergerak ke sekolah-sekolah untuk kesedaran ini.